Setiap manusia punya impian punya harapan untuk berjaya dalam hidup,begitu juga dengan aku yang dari azali lagi amat meminati menulis kerana aku suka meluah perasaan di atas kertas...namun itu dulu kerana bakat ku itu tidak ku asah,malah sekarang baru minda ku terbuka untuk menulis dan baru berjinak-jinak untuk menulis..penglibatan ku kini bermula dengan menulis puisi,kerana dari puisi bisa aku meluahkan apa yang ingin ku kongsikan dgn pembaca..ingin memulakan novel yang menceritakan tentang kehidupan ku sendiri,insyallah akan muncul dan sekarang dlm proses ku menulis..mudahan penulisan ku ini nanti akan mendpt tempat dihati pembaca yang meminati membaca.
Amiin ya rabul alamin mudahan tercapai jua cita ku ini nanti,kerana minat yang tak pernah padam..hatiku akan berlagu resah gelisah kiranya tidak ku membaca..meminati novel yang berkisar ttg kehidupan,kemasyarakatan,ketuhanan,kasih-sayang...Insyaalah harapanku agar melalui blog ini aku akan dikenali,insyaallah..mungkin kekangan waktu yang amat membatasi aku utk menulis,namun insyaallah aku kini dlm usaha menghantar karya-karya ku supaya terpampang didada akhbar..
Bagi ku 'tiada hari tanpa membaca,tiada minggu tanpa menulis'..mudahan dpt ku kecapi jua gelaran untuk menjadi penulis suatau hari nanti..amiin..